BANGUNAN Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah ditubuhkan pada 28hb Ogos 1958 setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara telah dimaktubkan oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959.
Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA). Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan apresiasi seni di seluruh peringkat masyarakat. Objektif utama Balai Seni Lukis Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya. Dalam kata lain, kami ingin memupuk aktiviti kepakaran dan ingin menubuhkan koleksi seni kebangsaan.
WAKTU LAWATAN
Buka :
Setiap Hari
10 pagi - 6 petang termasuk cuti am
Bulan Ramadhan
9 pagi - 5petang
Tutup :
Hari Raya Aidilfitri (2hari)
Hari Raya Aidiladha (1hari)
Balai Seni Lukis Negara,
No 2 Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
53200 Kuala Lumpur.
MALAYSIA.
Tel: +603 4025 4990
Fax: +603 4025 4987
No comments:
Post a Comment